Masa:

  
  .
Komunikasi
Public account
  Zon PRO
1129 kredit
Beli kredit
Anda berada di dalam akaun orang ramai. Jika anda ingin bermain permainan ini atau sertai perbincangan, anda harus daftar masuk. Jika anda pengguna baru, anda mesti mendaftar terlebih dahulu.

  Berita hoki

Bidaan kejohanan dunia

Hello kawan,
 
Kejohanan Dunia Ais Hoki PPM sedang mendekati dengan cepat. Hampir terlalu cepat. Musim ini kami telah menetapkan batas waktu untuk bidaan pada 27 September. Kejohanan akan bermula pada tarikh 23 Oktober. Kami akan membuat keputusan pada awal Oktober supaya penganjur yang menang mempunyai masa untuk menyiapkan segalanya. Keperluan bagi setiap bidaan tidak banyak berubah sejak musim lalu. Satu-satunya perubahan besar adalah bahawa maskot menjadi wajib untuk menghantar bidaan.
 
Panduan untuk menghantar bidaan:
 
1. Setiap negara hanya boleh menghantar satu pencalonan.
2. Setiap pertandingan divisyen hanya boleh berlaku di salah satu negara yang mengambil bahagian.
3. Setiap koordinator yang berpotensi harus terlebih dahulu melaporkan kepada kapten pasukan sokongan kebangsaan mereka. Jika negara tersebut tidak mempunyai kapten, bidaan dari negara ini tidak akan diterima (jika ada calon yang sesuai untuk kedudukan kapten dia mungkin berlaku dengan menghubungi saya atau tuttle)
4. Jika ada ramai calon yang berpotensi di negara yang sama, kapten akan memilih salah satu untuk dipilih dan juga koordinator dalam jawatankuasa.
5. Jawatankuasa yang dipilih kemudian akan menyerahkan pencalonan rasmi (dalam Inggeris)kepada vladimir.danis@powerplaymanager.com.
6. Jika tiada ada bidaan yang sesuai untuk menjadi tuan rumah kejohanan dunia di salah satu divisyen, pasukan pembangunan PPM akan memilih negara dan tempat.
 
Pencalonan harus mengandungi:
1. Logo pertandingan (240x180 piksel atau lebih besar) - logo harus mengandungi teks-teks dalam Bahasa Inggeris: "Season 5", "PPM Ice Hockey Kejohanan Dunia", "Division I" (jika Divisyen I), "Division II" (jika Divisyen II)
2. Maskot pertandingan
3. Senarai arena yang akan digunakan termasuklah kapasiti yang dijangkakan dan dijamin semasa pertandingan dan aksesori mereka. Penting untuk dicatat sebab mengapa anda berfikir kapasiti dan aksesori yang dijanjikan akan selesai dalam masa yang ditetapkan. Senarai ini harus terdiri dari 4 arena dan 2 tambahan untuk kecemasan jika 4 arena utama belum selesai atau tidak sesuai untuk menjadi penganjur pertandingan.
4. Jawatankuasa akan terdiri daripada koordinator, pembantunya, kapten pasukan penyokong dan pengurus umum pasukan kebangsaan.Kapten pasukan sokongan dan pengurus umum tidak boleh menjadi koordinator atau pembantunya.Koordinator dan pembantu akan bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan arena selesai tepat pada waktunya dan untuk menyediakan alternatif jika perlu. Kapten dan pengurus umum adalah sebahagian daripada jawatankuasa penganjur tapi hanya sebagai kaunselor. Mereka juga bertindak sebagai pasukan pengganti jika koordinator atau pembantunya tidak dapat melakukan pekerjaan mereka. Koordinator harus dari negara mereka manakala pembantu dari mana-mana negara.Semua ahli jawatankuasa harus diperkenalkan (umur, liga, pencapaian) untuk membina kredibiliti mereka.
5.Tambahan - hal khusus yang jawatankuasa dapat menyediakan semasa kejohanan. Sebagai contoh lumba untuk para pengurus dengan hadiah dalam kredit, pertandingan bertaruh, memberikan kredit untuk pemilik penjaring gol terbaik atau piala peranti keras yang sebenar . Ini hanya contoh, tetapi anda boleh memikirkan sesuatu yang lain .
 
Kriteria untuk memilih negara tuan rumah:
 
1. Kualiti keseluruhan dari pencalonan rasmi.
2. Jaminan bahawa arena yang dijanjikan dan/atau tambahan, akan disediakan.
3. Kredibiliti dan reputasi ahli jawatankuasa.
4. Jumlah pasukan hoki dalam negara.
5. Peratus pak PRO dalam negara.
6. Masa semenjak negara menjadi tuan rumah pertandingan.
7. Kualiti bidaan yang gagal dari musim sebelumnya.
 
Nikmati hari yang indah!


Berita lama
05/2019

02/2019

01/2019

12/2018

10/2018

06/2018

03/2018

01/2018

11/2017

08/2017

07/2017

04/2017

12/2016

10/2016

08/2016

Tunjuk banyak lagi