Masa:

  
  .
Komunikasi
Public account
  Zon PRO
1129 kredit
Beli kredit
Anda berada di dalam akaun orang ramai. Jika anda ingin bermain permainan ini atau sertai perbincangan, anda harus daftar masuk. Jika anda pengguna baru, anda mesti mendaftar terlebih dahulu.

  Berita hoki

Pemenang kempen Great Referral

 

 

Kawan-kawan sekalian,

 

kami ingin mengumumkan pemenang Kempen Great Referral yang berlangsung mulai 10 Mei hingga 30 Jun. Secara keseluruhan, terdapat 23 pengurus yang memasuki loteri untuk Nintendo Wii dan topi Pengurus PowerPlay disesuaikan. Tiga pengurus yang mengumpul mata paling tinggi dalam kempen ini secara automatik memenangi kemeja polo Pengurus PowerPlay yang khas. Ketiga-tiga pemenang adalah seperti berikut: Pucokan, partwish031, Diego69.

 

Pemenang Wii Nintendo adalah borges79. Pemenang topi PPM adalah Maxi24. Tahniah kepada semua pemenang! Layani saluran Youtube kami untuk melihat video.

 

Jika anda tidak menang, jangan putus asa. Anda masih boleh memperolehi pendapatan sehingga 6 kredit untuk setiap pengurus baru yang anda membawa kedalam permainan ini.

 

Suatu masa telah lalu semenjak kami menerbitkan apa-apa berita, tetapi tidak bermakna kami telah membiarkan permainan. Kami telah menyediakan beberapa perubahan.

 

Kami telah memutuskan untuk membuat beberapa perubahan diatas pasaran berikutan dengan peningkatan bilangan tawaran yang berlebihan. Tawaran yang berlebihan ini sering diberi pampasan oleh gamemasters untuk mengekalkan keadilan permainan. Oleh itu, kami telah memutuskan untuk memperkenalkan beberapa sekatan mengenai pembidaan di pasaran.

 

    1. Harga maksimum permulaan adalah 100 juta - sebab utama bagi perubahan ini adalah untuk melindungi pengurus daripada kesilapan yang tidak diingini. Jika anda salah tambah sifar tambahan di hujung, anda akan membuat tawaran bermula dari 1 bilion, ia boleh memusnahkan pasukan anda kerana yuran akan menjadi 50 juta dan anda tidak akan dapat menjual pemain untuk harga itu. Tudung 100 juta akan melindungi anda daripada kesilapan tersebut.

 

    2. Ianya tidak lagi mungkin untuk meningkatkan tawaran dengan lebih daripada 1 juta atau 100% - tawaran yang paling maksimum akan sentiasa menjadi dua kali ganda jumlah tawaran semasa atau tawaran yang ada campur dengan 1 juta, yang mana lebih tinggi. Sebagai contoh: Terdapat seorang pemain di pasaran dengan harga permulaan sebanyak 10,000. Anda boleh menghantar tawaran maksimum 1010000, tidak lebih. Tawaran maksimum seterusnya boleh menjadi 2020000, 4040000 dan sebagainya. Perubahan ini dilaksanakan untuk mengurangkan kemungkinan tawaran yang berlebihan.

 

    3. Anda tidak akan dapat mengalahkan diri sendiri dalam bidaan - Jika tawaran anda adalah yang tertinggi, anda tidak akan dapat meletakkan tawaran lain. Perubahan ini adalah perlu supaya pengurus tidak boleh menjangkau dari perubahan yang disebut dalam perenggan yang sebelumnya.

 

    4. Pengurus yang telah meminta pembatalan pasukan mereka tidak akan dibenarkan untuk membuat tawaran di pasaran. DIsebabkan mereka sudah mahu berhenti permainan, mereka tidak akan dibenarkan untuk mengganggu harga pasaran atau untuk membeli pemain pasukan kebangsaan yang kemudiannya akan berakhir dalam pasukan mati.

 

Semua perubahan ini perlu dilaksanakan selewat-lewatnya minggu ini. Ianya tidak bertujuan untuk mengurangkan harga di pasaran, tetapi untuk mengurangkan bilangan harga yang berlebihan yang memerlukan campur tangan daripada yang gamemasters. Oleh itu, dinamik pasaran tidak akan berubah dan anda masih boleh mendapatkan jumlah wang yang sama untuk pemain-pemain atau ahli kakitangan.

 

Kami juga menyediakan beberapa perkara lain yang kami akan menerbitkan tidak lama lagi. Salah satu daripada perkara adalah mengemas kini halaman penggantian dalam bola sepak yang telah lama ditunggu-tunggukan.

 

Akhir sekali, saya hanya ingin mengingatkan semua pihak yang bermain dalam perlawanan promosi / penyingkiran bahawa rundingan anda dengan penaja pada akhir musim ini boleh negatif dipengaruhi jika anda memutuskan untuk menurunkan satu pasukan yang ketara lemah untuk perlawanan ini dari sebelas permulaan anda. Perkara terbaik yang patut dilakukan ialah untuk memasukkan pasukan terbaik dan cuba untuk memenangi perlawanan ini.

 

Semoga hari anda menyenangkan!

 

 



Berita lama
09/2019

05/2019

02/2019

01/2019

12/2018

10/2018

06/2018

03/2018

01/2018

11/2017

08/2017

07/2017

04/2017

12/2016

10/2016

Tunjuk banyak lagi